5 HERO BADMINTON MALAYSIA

5 HERO BADMINTON MALAYSIA

5 HERO BADMINTON MALAYSIA

Sukan Badminton merupakan antara sukan yang membanggakan para rakyat Malaysia, pencapaiannya yang kerap kali menjadi harapan negara bagi merangkul pingat emas pertama Malaysia di Temasya Sukan Olimpik.

Sudah pastinya sukan badminton ini mempunyai kisah jatuh dan bangun, pahit dan manis daripada para atlet badminton negara kita. Mari kita kenali 5 Hero Badminton Malaysia bermula dari 1980an.


  • Dato’ Dr Misbun Sidek

 

Pasti ramai yang mengingati cerita animasi 2D Anak-anak Sidek pada sekitar tahun 2000. Pasti mereka mengenal karakter nakal dan degil iaitu “Bun” ataupun nama sebenarnya Misbun. Beliau dilahirkan pada 17 Febuari 1960 di Banting, Selangor.

Misbun merupakan anak lelaki sulung dari 5 adik-beradik Sidek yang turut berjaya mewakili malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal sekolah rendah di Banting, Selangor sebelum melanjutkan pelajaran di Vistoria Institution, Kuala Lumpur.

Beliau telah dilatih secara serius seawal usia 7 tahun oleh ayahnya di gelanggang badminton di hadapan rumah mereka, Kampung Kanchong Darat, Banting seterusnya, rutin latihan ini diteruskan ke 5 adik-beradiknya yang lain. Sewaktu umur 16 tahun, Misbun Sidek telah dipilih mewakili Malaysia ke Asian Invitational Championships di Hong Kong dan juga Kejohanan Terbuka Australia.

Setahun kemudian beliau disenaraikan ke skuad pelapis Piala Thomas negara. Misbun Sidek mendominasi kejohanan kebangsaan dengan secara hatriknya bagi kategori bawah-18 pada tahun 1978 dan juga bawah-21 setahun selepas itu.

Selepas itu, Misbun Sidek memenangi Sirkit Antarabangsa pertama beliau pada tahun 1981 di Terbuka Jerman dan pada tahun yang sama, beliau membantu Malaysia merangkul 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa di Temasya Sukan Sea Manila. Misbun Sidek pernah dinobatkan sebagai olahragawan Malaysia atas kecemerlangan beliau dalam sukan badminton.

Pada Januari 1985 keluarga Sidek mencatat sejarah apabila 5 beradik ini iaitu Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid terpilih mewakili Malaysia ke Kejohanan di Hong Kong.Pada tahun terakhir (1998) pembabitan Misbun Sidek , paling diingati kerana Malaysia berjaya menewakan musuh tradisi Indonesia di peringkat separuh akhir Piala Thomas 1998 untuk pertama kali selepas 21 tahun.

Misbun sidek bersara selaku pemain profesional pada tahun 1989 di usia 29 tahun dan selepas itu beliau menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih dan beliau melatih adiknya, Rashid Sidek. Beliau sebahagian daripada jurulatih skuad yang memenangi Piala Thomas pada 1992 selepas penantian 25 tahun.

Misbun Sidek bertanggungjawab melatih generasi pemain perseorangan selepas itu, termasuklah adiknya sendiri Rashid Sidek, Roslin Hashim dan Hafiz Hashim sehingga menjadi antara pemain dunia.

Anak didiknya yang paling berjaya ialah Dato’ Lee Chong Wei yang beliau bawa dari Pulau Pinang seawal usia 17 tahun. Misbun Sidek sekarang kembali berkhidmat sebagai jurulatih kebangsaan setelah 6 tahun meninggalkan kem latihan di Stadium Juara Bukit Kiara.

Dato’ Dr Misbun Sidek merupakan pemegang pingat gangsa di World Grand Prix Finals 1983 dan Asian Championships bronze 1985, turut menjadi sebahagian kemenangan major bagi beliau ialah memenangi pingat perak di World Cup 1982, All England 1986 dan juga Piala Thomas 1988.

 

2.Rashid Sidek

 

Terdapat satu lagi karakter di dalam cerita kartun 2D Anak-anak Sidek, pasti ingat telatah adik bongsu mereka Adul yang sering bergaduh dengan Aman. Abdul Rashid Dato’ Sidek dilahirkan pada 8 Julai 1968 di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor. Rashid Sidek juga mendapat pendedahan dan didikkan untuk menjadi juara dari ayah beliau seperti 4 abangnya yang lain.

Rashid Sidek menjadi pemain termuda memenangi Kejohanan Remaja Kebangsaan pada tahun 1980 diawal usia 12 tahun. Beliau mula dikenali selepas memenangi Kejohanan Badminton Remaja Bawah 18 selepas beliau mengalah Kwan Yoke Mengin pada 1984 dimana waktu itu beliau hanya seorang pelajar tingkatan 3 di Victoria Institution.

Pada tahun 1985 dia memenangi Kejohanan Remaja Asia selepas mengalahkan Allan Budi Kesuma dari Indonesia. Selepas kemenangan itu, beliau meneruskan rentak kemenangan dengan memenangi Kejohanan Terbuka Selangor dan Kejonanan Terbuka Sarawak dimana beliau turut menewaskan beberapa pemain elit pada ketika itu termasuk abangnya Misbun Sidek dan juga Foo Kok Keong.

Selepas tamat mengambil Sijil Penilaian Menengah (SPM) beliau diserapkan ke Skuad Projek 1988/90 bagi menyasarkan Piala Thomas 1990. Rashid Sidek memenangi 3 tahun berturut-turut untuk Kejohanan Terbuka Malaysia pada bermula dari tahun 1990.

Pada perlawanan akhir Piala Thomas 1992 beliau mengalahkan Ardy Wiranata bagi menghadiah mata pertama untuk kemenangan dramatik 3-2 keatas musuh tradisi, Indonesia, kemenangan tersebut kemenangan Piala Thomas Malaysia pertama selepas 25 tahun.

Pada tahun 1996 beliau memenangi Piala Asia dan juga Kejohanan Terbuka Jerman seterusnya berjaya mara ke peringkat akhir All England dan memenangi pingat perak. Ranking beliau telah mendadak naik ke 3 terbaik dunia. Rashid Sidek memenangi 1 pingat gangsa pada Temasya Sukan Olimpik 1996 selepas menewaskan Joko Suprianto dari Indonesia.

Pada tahun 199, Rashid berada tangga teratas dunia lagi tetapi pada masa itu beliau sudah mula memberi ruang kepada Wong Choong Hann, Yong Hock Kin and juga Roslin Hashim untuk menyinar.

Beliau bersara sebagai pemain pada tahun 2000. Rashid Sidek turut menangi 5 Super Series, World Grand Prix Finals (1992), Kejohanan Piala Thomas (1992), dan juga pingat emas di Temasya Sukan Komenwel (1990,1994), Temasya Sukan Sea (1989,1991).

 

3.Roslin Hashim

 

Muhammad Roslin Hashim lahir pada 23 Oktober 1975 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau adalah bekas pemain no.1 dunia pada 24 May 2001.

Beliau adalah abang kepada Muhammad Hafiz Hashim pemenang All England 2003. Memulakan debut antarabangsa pada tahun 1997 dan berjaya mara ke peringkat separuh akhir 2 kali dan suku akhir sekali, itu satu petanda yang baik bagi seorang pemain muda pada ketika itu dan beliau memenangi Kejohanan Antarabangsa pertama beliau di Terbuka Belanda pada tahun seterusnya 1998.

Roslin Hashim mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik 2004 dalam kategori perseorangan. Roslin Hashim pernah mewakili Malaysia di Sukan Olimpik pada tahun 2004 selain itu, beliau juga pernah memenangi 4 kejohanan terbuka antarabangsa.

Beliau turut memenangi 2 pingat perak di dalam Piala Thomas (1998,2002), Temasya Sukan Asia beliau berjaya merangkul pingat gangsa dan Temasya Sukan Sea pula Roslin Hashim berjaya menyumbang 2 pingat emas untuk kontijen negara.

Beliau bersara pada tahun 2009 dan sekarang beliau masih aktif sebagai jurulatih bagi pembangunan sukan badminton negara.

 

4.Wong Choong Hann

 

Wong Choong Hann merupakan salah satu pemain badminton perseorangan Malaysia yang pernah menduduki Ranking pertama dunia. Beliau merupakan pemain pertama dari Malaysia memenangi pingat di Kejohanan Dunia BWF.

Wong Choon Hann yang dilahirkan pada 17 Febuari 1977 di Kuala Lumpur, memulakan kerjaya di Terbuka Malaysia 1996 dan Kejohanan pertama dimenangi oleh beliau ialah Terbuka Belanda (1997) setahun selepas debut  antarabangsa beliau. Pada tahun 2003 Wong Choon Hann berjaya mara  pentas akhir Kejohanan Dunia namun beliau tewas kepada pemain dari China, Xia Xuanze.

Wong Choong Hann turut memenangi 4 kejohanan antarabangsa dan 12 kali sebagai runner-up dan beliau turut mewakili Malaysia di Sukan Olimpik di Poland (2004) dan juga China (2008).Kecederaan beliau di Piala Thomas pada tahun 2006 menyebabkan beliau terpaksa berehat panjang.

Wong Chong Hann cuba membuat comeback pada Sukan Asia pada tahun yang sama 2006 tetapi persembahan beliau jauh sama sekali dengan berbanding prestasi terbaik beliau.

Cintanya kepada sukan badminton tidak pernah hilang, Wong Chong Hann bersama 3 bekas pemain kebangsaan Lee Wan Wah, Chan Chong Ming dan juga Chew Choon Eng telah membuka satu syarikat yang akan membantu pembangungan badminton Malaysia dan diharap dapat melahirkan pemain berkelas dunia.

Pada Mei 2010, Wong Choong Hann dipanggil semula bagi menguatkan pasukan kebangsaan bagi kejohanan Piala Thomas. Beliau banyak memenangi pingat di acara sukan serantau mahupun antarabangsa, antaranya sukan komanwel memenangi 3 emas (1998,2006), 2 pingat perak (2006).

Beliau melakukan penampilan terakhir di Kejohanan Dunia pada tahun 2011 sebelum mengantung raket pada tahun seterusnya 2012.

 

5.Dato’ Lee Chong Wei

 

Dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Pulau Pinang dan mula bermain badminton sewaktu umur 11 dengan mengikut ayah beliau bermain di Dewan Badminton.

Lee Chong Wei berjaya menarik perhatian jurulatih tempatan, beliau mula berlatih selepas sekolah setelah mendapat persetujuan dengan ayah Lee Chong Wei.

Apabila berusia 17 tahun, beliau telah disenaraikan di dalam skuad kebangsaan dan dilatih oleh Dato’ Misbun Sidek. Sebagai pemain badminton perseorangan Malaysia beliau merupakan pemain badminton pertama dari Malaysia memegang ranking 1 terlama lebih dari setahun dan dalam jangka masa 199 minggu dari 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.

 

Lee Chong Wei merupakan pemain keempat memenangi ranking pertama selepas Rashid Sidek, Roslin Hashim, Wong Choong Hann berdasarkan ranking rasmi yang dikeluarkan pada 1980.

Lee Chong Wei merupakan memegang 3 pingat perak berturut-turut (2008,2012,2016) di Temasya Sukan Olimpik telah meletakkan nama beliau sebagai pemain Malaysia yang paling berjaya di temasya itu.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pemain profesional pada 2002 dan beliau berjaya mara ke peringkat akhir buat kali pertama pada tahun 2003 di Super Series Malaysia Open dan berjaya mendapat tempat di Temasya Sukan Olimpik 2004.

Dato’ Lee Chong terus meningkatkan prestasinya secara konsisten sehingga berjaya menempatkan antara pemain yang digeruni dirantau dunia, dengan rekod perlawanan 667 menang dan 122 kalah pada setakat ni.

Beliau berjaya memenangi 66 Kejohanan dan 32 kali sebagai pemenang pingat perak di Super Series, Grand Prix dan termasuk 3 pingat perak (2011,2013,2015) dan 1 pingat gangsa (2005) di Kejuaran Dunia.

Dato’ Lee Chong Wei masih aktif lagi bermain badminton di peringkat dunia, beliau sekarang dalam misi merangkul Kejuaraan Dunia buat kali pertama dalam kerjaya beliau sambil mendapat bantuan dari Misbun Sidek.

Dilihat dari sejarah badminton negara malaysia memang banyak lagi hero-hero badminton yang tidak dinyatakan sejak dari tahun 1930an lagi. Negara kita ini tidak pernah kering melahirkan seorang juara namun apakah ada pengganti seterusnya?.

Pada edisi Temasya Sukan Sea kali ini diharap para pemain remaja dapat mengambil kesempatan untuk membukitkan diri mereka boleh setanding dengan Hero Badminton Malaysia. Ayuhh Malaysia !!

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *