Smartphone Bajet 2017 : Xiaomi Redmi 4X

Smartphone Bajet 2017 : Xiaomi Redmi 4X

Ingin bergaya dengan smartphone baru? Tapi tak cukup duit? Harga Iphone baru mencecah ribuan ringgit? Check This Out… Sekarang telah masuk pertengahan tahun 2017 , masih tidak terlambat saya ingin membuat review untuk smartphone bajet keluaran 2017 dalam lingkungan RM499 – RM699.

Terdapat 2 pilihan yang ingin diutarakan iaitu 2 smartphone yang saya maksudkan ialah Xiaomi Redmi 4X dan juga Huawei Honor 6A. Pemilihan adalah berdasarkan harga, ciri-ciri yang memenuhi kehendakan masa kini dan juga berdasarkan pendapat saya. Tetapi untuk review kali ini, Xiaomi Redmi 4X pasti akan menarik perhatian anda.

Seiring dengan kenaikan harga-harga smartphone jenama yang lain. Syarikat Xiaomi mengambil langkah berani mengeluarkan smartphone canggih yang dapat memenuhi keperluan pengguna pada masa kini. Smartphone bajet 2017 Xiaomi Redmi 4X ini mempunyai kembar iaitu Xiaomi Redmi 4 yang di mana hanya dilancarkan di India manakala Xiaomi Redmi 4X dilancarkan Malaysia, China, Pakistan namun perbezaannya hanyalah terletak pada RAM sahaja.

Xiaomi Redmi 4X mempunyai 3GB RAM manakala kembarnya Xiaomi Redmi 4 mempunyai 4GB RAM. Namun begitu 3GB RAM sudah cukup besar dan memenuhi keperluan pengguna, ditambah lagi dengan status smartphone bajet 2017 “ it worth with money you pay “ .

Xiaomi Redmi 4X adalah smartphone termurah daripada syarikat pengeluarnya namun begitu tidak bermakna Xiaomi Redmi 4X ini langsung tidak bernilai dan tidak baik. Lihat review ini.

REKABENTUK

Xiaomi Redmi 4X ini berukuran 5-inci 720 x 1280 pixel LCD skrin paparan dengan 294 ppi pixel density dengan lapisan 2.5D arc glass.

Sudah pasti anda tidak percaya bahawa smartphone ini berada dalam lingkungan dari harga RM499 – RM699 ( harga bergantung kepada kawasan dan platform jualan ), dengan design yang nampak elegant dan luxury pasti menarik ramai peminatnya.

Belakang panel smartphone ini dibuat dari metal tetapi bahagian atas dan bahagian bawah diperbuat daripada plastik dan ia mempunyai warna yang sama dengan bahagian metal ditambah lagi dengan sentuhan terakhir warna matte memberi penyeri dan memberi premium look kepada smartphone itu sendiri.

Dibahagian bawah smartphone ini terletaknya speaker ini kerana bagi mengelakkan bahagian itu sendiri tertutup seperti mana ketika bermain game atau menonton video, posisi tangan anda sering kali menutup speaker tersebut jika speaker berada dibelakang .

Dibelakang kotak pembelian smartphone ini terdapat infomasi seperti nama smartphone ini, warna, memori, saiz paparan skrin , bateri dan macam-macam lagi.

Walaupun berharga bajet tetapi ia tetap memberi set accessories basic untuk Xiaomi Redmi 4X, seperti charger, wayar USB dan juga earphone. Smartphone bajet 2017 Xiaomi Redmi 4X ini mempunyai 3 butang tekan sentuh seperti mana trend bagi setiap smartphone dan juga butang pengatur volume suara ada disebelah kiri smartphone bersama butang stand-by dan juga terdapat fingerprint scanner bagi menjaga keselamatan smartphone ini dah dicerobohi.

Spesifikasi

Seperti yang dinyatakan sebelum ini bahawa smartphone bajet 2017 Xiaomi Redmi 4X ini mempunyai 1.4GHz octa-core Quaclomm Snapdragon 435 processor bersama dengan 3GB RAM dan 16GB / 32GB untuk internal storage, dimana cukup untuk melakukan banyak kerja dan membuka banyak apps dengan lancar dalam satu masa.

Menurut beberapa pengkaji dan pemerhati profesional, sepanjang ujikaji dijalan smartphone bajet 2017 Xiaomi Redmi 4X ini langsung tidak lag mahupun restart dengan sendiri seperti mana smartphone yang dikeluarkan dulu.

Seperti yang disebut diatas tadi smartphone ini mempunyai fingerprint scanner dan menurut pengkaji dan pemerhati profesional scanner ini berjalan dengan baik dan pantas mengenalpasti cap jari pengguna. Xiaomi Redmi 4X menggunakan sistem operasi Android 6.0 Mashmallow.

Salah satu lagi ciri-ciri yang terbaik ialah smartphone ini dijanakuasa oleh 4100mAh bateri lithium-polymer. Walaupun mempunyai bateri yang besar tetapi ia hanya mengambil masa 2 jam untuk mendapat 100% bateri penuh. Smartphone bajet 2017 Xiaomi Redmi 4X mempunyai 2 bahagian untuk Kad SIM (nano-SIM +mikro SIM) dan ia boleh dikeluarkan melalui pin.

Dibahagian atas smartphone ini jugak mempunyai 3.5mm audio jack, infrared port, lubang penebat bunyi microphone. Dibahagian bawah pula dibuat dengan rekabentuk simmetrik dan mirco USB terletak diantara 2 speaker. Smartphone ini menyokong jaringan 4G+ ini juga merupakan ciri-ciri yang menarik perhatian pengguna

KAMERA

Pada masa ini, salah satu ciri yang diambil berat oleh pengguna adalah ciri-ciri kamera. Menurut kajian, para pembeli dan pengguna memerlukan sekurang- kurangya 5 MP kamera bagi memenuhi keperluan mereka. Smartphone bajet 2017 Xiaomi Redmi 4X mempunyai 13-megapixel bagi kamera utama dengan pelbagai ciri-ciri termasuklah Phase Detection, Autofocus, HDR.

Berdasarkan keputusan para pengkaji dan pemerhati profesional, kualiti gambar yang diambil memadai sebagai status smartphone bajet 2017 .

HARGA

Antara bahagian yang dinantikan oleh para pembaca semua. Ingin dimaklumkan bahawa tidak ada harga yang tetap, ini kerana harga akan berkait dengan faktor tempat dan kawasan, factor perbezaan internal storage and ROM, accessories tambahan, faktor cukai, pengangkutan dan lain-lain.

Akan tetapi anda boleh dapati di Lelong.my dengan harga serendah RM499 – RM699. Dengan faktor taraf hidup yang kian meninggi, smartphone bajet 2017 ini boleh dikatakan relevan pada keadaan semasa jika anda ingin smartphone yang baru dan mengikut trend.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *