Nokia 3310 Baru VS Nokia 3310 Lama : Ulasan, Paparan, Reka Bentuk, Kamera, Bateri.

Nokia 3310 Baru VS Nokia 3310 Lama : Ulasan, Paparan, Reka Bentuk, Kamera, Bateri.

Sejak beberapa tahun yang lepas, Nokia kian menyepi di dalam industri perniagaan dan industri telekomunikasi. Namun begitu, pada awal pembabitan mereka di dalam industri ini, mereka telah berjaya meninggalkan kesan yang baik terhadap jenama mereka melalui Nokia 3310 lama. Nokia 3310 lama menjadi salah satu jualan terbaik pada tahun 2000 hingga jualan mencecah 126 juta dollar. Akan tetapi, Nokia pada tahun 2010 dan ke atas kian merosot, dek kerana perkembangan teknologi telefon pintar yang beralih dari “ Keypad “ ke “ Touch Screen”. Pada tahun 2017, Nokia dengan hasratnya untuk bersaing semula di dunia teknologi dengan menggunakan Nokia 3310 lama sebagai inspirasi dan batu loncatan mereka dengan menaiktaraf fungsi Nokia 3310 lama kepada ciri-ciri yang diperlukan pada tahun 2017. Apakah ciri-ciri yang dinaik taraf tersebut?

Nokia 3310 Baru VS Nokia 3310 Lama : PAPARAN

Rekabentuk Nokia 3310 baru 2017 lebih ringan dari Nokia 3310 lama sebelum ini. Ini kerana memenuhi kehendak “trend” masa kini yang ingin telefon lebih mudah dipegang, mudah dibawah ke mana saja dan mudah digenggam untuk kegunaan pengguna. Nokia 3310 lama mempunyai paparan 1.5-inci, 84 x 48 pixels, 65ppi “monochrome” LCD atau lebih dikenali dengan skrin hitam putih. Skrin hitam putih sudah dapat memenuhi keperluan pada masa itu, iaitu pesanan ringkas “SMS” dan permainan hiburan ketika itu, “Snake” sudah memadai keperluan pada waktu itu. Nokia 3310 lama mempunyai permukaan yang rata dari bentuk skrin serta mudah untuk dicapai melalui pandangan mata. Manakala untuk Nokia 3310 baru 2017 mempunyai paparan 2.4-inci, 240 x 320 pixels, 167 ppi, colour LCD dengan skrin berbentuk atas dan melengkung ke bawah memberi pengalaman baru kepada pengguna. Memberi impak yang lebih berkesan untuk permainan “Snake” dan juga paparan baru untuk khidmat pesanan ringkas “SMS”.

Sumber Gambar : The Verge

Nokia 3310 Baru VS Nokia 3310 Lama : REKABENTUK

Nokia 3310 baru 2017 lebih ringan berbanding modal yang lama, bukan sekadar itu malahan ianya lebih panjang dan lebar sedikit berbanding yang sebelumnya. Ada yang mengatakan transformasi Nokia 3310 mengambil masa 17 tahun untuk “diet’ oleh kerana itu ianya lebih ringan dan nipis sekarang. Nokia 3310 yang baharu mempunyai lekuk lembut disudutnya untuk memberi laluan Nokia 3310 lebih selesa untuk dipegang. Pada masa yang sama, rekabentuk dan pembinaan telefon baru tidak mempunyai badan yang keras dan kasar pada versi 2000 tetapi masih mengekalkan ketahanlasakan yang dimiliki sebagai imej produk tersebut.

Nokia 3310 masih menggunakan plastik sebagai bahan utama. Kalau dulu Nokia 3310 lama memiliki satu warna asli sahaja iaitu warna biru gelap dan kini memiliki pilihan warna seperti merah berkilat atau kuning berkilat, manakala, Nokia 3310 baru 2017 memiliki warna biru atau kelabu. Nokia 3310 baru 2017 mempunyai penutup belakang yang boleh ditanggalkan, jadi ia boleh ditukar, atau untuk mencapai bateri. Nokia 3310 lama 2000 mempunyai penutup yang mudah ditukar mengikut pilihan hati dan boleh didapati di kedai “Up Town”. Papan kekunci atau “Keypad” masih dikekalkan mengikut versi yang lama supaya masih mengekalkan keaslian Nokia 3310 itu sendiri.

NOKIA 3310 BARU VS LAMA : SAMBUNGAN

Pada tahun 2000 terdapat beberapa sambungan atau “connection” sahaja. Di bahagian bawah telefon hanya ada input DC untuk mengecas telefon, tetapi tidak ada Bluetooth, tanpa Wi-Fi. Di versi baharu 2017 Nokia 3310 baru 2017 telah bergerak mengikut peredaran masa dengan terdapatnya “Bluetooth” untuk menyambung ke alat dengar , “earphone” atau “headset” atau menyambung ke kereta , ada Micro-USB untuk pengisian ke laptop atau untuk “data tranfer” and kegunaannya sebagai pengecas jadi tidak perlu pengecas besar. Terdapat ruang untuk microSD untuk kapasiti “storage” yang lagi besar. Ruang soket fon kepala 3.5mm untuk mendengar muzik atau radio FM. Walaubagaimanapun telefon ini mempunyai rangkaian 2G ianya lebih sesuai untuk bercakap “call” dan menghantar mesej sahaja.

Nokia 3310 Baru VS Nokia 3310 Lama : KAMERA

Pada tahun 2000 persepsi terhadap kamera agak sedikit janggal kerana tiada siapa yang memerlukannya, tidak ada rangkaian sosial media, malahan selfie tidak wujud, oleh itu, tidak ada kepentingan untuk kamera diletak dan disatukan didalam satu alat.

Pada tahun 2017, kebanyakan telefon dinilai dari sudut kamera mereka. Ia merupakan ciri utama bagi ramai pengguna, bagi Nokia 3310 baru 2017 mempunyai kamera hanya 2MP. Telefon ini bukan tujuan untuk mengambil gambar, kamera diletak sebagai tanda memenuhi syarat dalam kadar yang meminimum bagi mengikut trend pada masa kini.

Sumber Gambar : Tech2 Mobile

NOKIA 3310 BARU VS LAMA : BATERI

Nokia 3310 tahun 2000 dikenali sebagai telefon yang mempunyai bateri tahan lama dengan mempunyai kapasiti bateri 900mAh yang suda memaksimakan keperluan pada ketika itu. Ini kelihatan lebih masuk akal kerana pada masa itu tidak banyak permainan di telefon bimbit dan aplikasi sosial media tidak wujud. Nokia 3310 lama lebih kepada khidmat pesanan ringkas “SMS” dan menghubungi orang lain. Dalam Nokia 3310 tahun 2017, dengan ketahanan bateri 31 hari “Stand-by Mode” dengan kapasiti 1200mAh bagi pengguna Nokia 3310 yang baharu ini ada mengalami perkara yang sama seperti Nokia 3310 yang lama. Kapasiti 1200mAh dikira sudah mencukupi dengan fungsi yang terhad walaupun pun Nokia 3310 baru ini sudah dinaiktaraf.

KESIMPULAN

Nokia pada satu ketika dilihat sudah mencapai kemerosatan dimana gabungan diantara Nokia dan Windows tidak mendatangkan hasil manakala telefon pintar yang jenama lain yang menggunakan software android terus jauh meninggalkan Nokia. Nokia yang ketika itu cuba memfokuskan 2 produk iaitu telefon “keypad’ and telefon pintar nampaknya gagal membuatkan hasil. Ini kerana, telefon pintar menggunakan sistem android lebih mesra pengguna dan lebih moden. Berbanding Nokia yang menggunakan Windows dan “keypad’ yang hanya berjaya menarik perhatian minoriti pengguna sahaja. Kini Nokia kembali dengan memperbarui 3310 yang pernah mencapai jualan terbaik pada 2000. Ketika masa Nokia merundum, Nokia 3310 tetap membawa jenama Nokia dilaman sosial dan di media massa Nokia 3310 tahun 2017 lebih banyak ditambah ciri-ciri bagi memenuhi kehendakan dan keperluan moden, tidak dilupakan ciri-ciri yang dikekalkan bagi memberi pengguna merasai pengalaman seperti menggunakan Nokia 3310 lama . Dari sudut harga pula, harganya lebih murah berbanding harga Nokia 3310 lama yang mencecah hampir rm700 pada tahun pengeluarannya, Nokia 3310 baru pula berharga rm250-rm350 sahaja. Nokia 3310 ini dijadikan inspirasi oleh syarikat mereka sendiri bagi terus menyaingi model telefon yang lain dan syarikat- syarikat yang lain. Jadi, yang mana satu menjadi pilihan anda Nokia 3310 baru VS Nokia 3310 Lama ?

Dapatkan Nokia Baru 3310 original di sini .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *