Honor 8 Pro: Ulasan, Spesifikasi, Reka Bentuk, Kamera.

Honor 8 Pro: Ulasan, Spesifikasi, Reka Bentuk, Kamera.

Memperkenalkan Honor 8 Pro, dengan skrin paparan yang lebih besar, spesifikasi awesome!, dan Android Nougat terbaru. Ianya bukan lah sekuel kepada “abangnya” Honor 8 mahupun versi XL honor 8 tetapi, sebuah telefon pintar yang telah dinaik taraf keseluruhannya.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan Honor 8 Pro adalah diantara telefon pintar gempak pada tahun 2017, tetapi adakah reka bentuk dan Honor 8 pro specs boleh dikategorikan bersama dengan telefon pintar yang lebih mahal, dan yang pertengahan seperti OnePlus 5? Jom baca review kami!

Honor 8 Pro : Reka Bentuk 

Reka bentuk Honor 8 Pro sedikit berbeza jika dibandingkan dengan abangnya, Honor 8. Model lama mempunyai kaca berkilat, manakala Honor 8 Pro specs terbaru mempunyai unibody logam baru. Ia boleh didapati dalam dua warna, Midnight Black dan Navy Blue, warna yang simple dan cun. Telefon pintar yang agak nipis, hanya berketebalan 6.97mm, dan mempunyai sisi melengkung. Lebih awesome lagi, Honor 8 Pro mempunyai bateri 4000mAh walaupun ianya nipis, wow!.

Di bahagian hadapan, terdapat panel LTPS 5.7 inci, dengan bahagian sisi super-nipis. Bahagian atas dan bawahnya lebih tebal, dan ada logo Honor di bawah skrin. Di atasnya, terdapat kamera selfie 8-megapiksel bersama-sama dengan ear piece dan beberapa sensor. Power button berada di sebelah kanan telefon dan agak mudah untuk dicapai tetapi anda mungkin perlu meregangkan sedikit jari untuk mencapai volume controls. Bahagian kiri Honor 8 Pro hanya mempunyai slot SIM. Honor telah telah melakukan pengubahan yang genius dengan meletakkan port USB Type-C dan headphonejack 3.5mm di bahagian bawah, bersama-sama dengan pembesar suara dan mikrofon utama. Di bahagian atas, ada mikrofon kedua dan pemancar IR yang membolehkan anda mengawal perkakas rumah.

Ciri yang paling wow adalah kameranya yang mempunyai dua lensa, dilindungi dengan kaca tahan lasak bagi mengelakkan calar di bahagian lensa. Diletakkan di belakang di sudut kiri atas, bersama-sama dengan flash LED dual-tone. Pengimbas cap jari juga berada di belakang, dan kami rasa kedudukanya tinggi sedikit daripada kedudukan biasa. Anda perlu meregang jari anda untuk mencapai pengimbas cap jari.

Satu set Honor 8 Pro mempunyai pengecas 18W dan kabel USB, jangan terkejut kerana kotak itu sendiri boleh ditukar menjadi headset VR, genius!. Anda mendapat semua bahan yang diperlukan, termasuk lensa di dalam kotak.

Honor 8 Pro : Spesifikasi

Honor 8 pro specs teramat awesome!. Skrin paparan nya adalah 5.7 inci, resolusi HD Quad dan mempunya 515 piksel per inci. Panel hadapan pula diperbuat daripada Corning Gorilla Glass untuk perlindungan yang optimum dan juga lengkungan 2.5D. Skrin paparanya pula mempunyai kontras yang tebal dan cukup jelas. Kami suka menonton video pada skrin paparan ini, single speaker cukup kuat dan sedap didengar.

Huawei menggunakan Kirin 960 SoC untuk Honor 8 Pro. Ia merupakan pemproses octa-core dengan empat teras Cortex A73, 2.3GHz ditambah empat teras Cortex A53, 1.8GHz. Tidak setanding jika hendak dibandingkan dengan OnePlus 5 yang menggunakan Snapdragon 835 yang lebih baik. Honor 8 Pro specs mempunyai 6GB RAM bersama-sama dengan 128GB internal storage yang boleh dibesarkan dengan menggunakan kad microSD di dalam slot SIM hibrid. Kami mendapati bahawa firmware menggunakan hampir 16GB ruang pada telefon, tetapi masih mempunyai lebih 100GB untuk digunakan.

Telefon ini juga mempunyai Bluetooth 4.2, Wi-Fi ac, dan NFC. Honor 8 Pro adalah telefon pintar dwi-SIM dengan dua slot Nano-SIM. Terdapat sokongan untuk 4G, VoLTE, dan carrier aggregation.

Honor 8 Pro : Kamera

Kamera belakang pada Honor 8 Pro mempunyai dual camera setup. walaupun tanpa Leica untuk Honor 8 pro, Huawei adalah di antara pengeluar dual camera setup yang terawal untuk telefon pintar. Kamera ini mempunyai satu sensor RGB dan satu lagi sensor monokrom – kedua-duanya 12 megapiksel dengan aperture f / 2.2. Apa yang membuatkan ianya lebih awesome adalah ciri flash LED dual-tone. Kedua-dua sensor berfungsi bersama untuk menghasilkan foto terperinci dengan dinamik yang lebih tinggi. Sensor RGB memproses semua maklumat berkaitan warna manakala sensor monokrom mengeluarkan butiran seperti bayang-bayang dan juga highlight. Walaupun Honor 8 dan Honor 8 Pro mempunyai setup kamera yang sama, prestasi shutter dan pemprosesan imej Honor 8 pro jauh lebih baik kerana mempunyai sistem pemprosesan yang lebih cekap ditambah pula dengan RAM tambahan. Kualiti gambar Honor 8 Pro pulak memang awesome. Warna kelihatan cantik dan tidak saturated. Di siang hari, gambar-gambar yang dirakam mempunyai rangkaian dinamik yang sangat baik dengan warna yang kelihatan hidup. Pemfokusan juga agak cepat, kecuali ketika close-up. Salah satu kelebihan utama sensor kedua ialah peningkatan kualiti di dalam cahaya yang tidak terang. Honor 8 Pro bergantung pada sensor monokrom untuk menerima lebih banyak cahaya. Malah pada waktu malam, Honor 8 Pro berjaya merakam beberapa gambar hebat dengan kualiti yang tinggi. Sudah tentu, kedua-dua gabungan sensor ini berfungsi dengan baik untuk membuat kesan depth of field, lebih dikenali sebagai bokeh. Kamera pada Honor 8 Pro berjaya merakam depth of field yang kelihatan realistik.

Kata Akhir

Kudos kepada Huawei kerana Berjaya menambah baik Honor 8 pro specs dengan begitu baik sekali, setanding dengan telefon pintar awesome yang lain di dalam pasaran. Sistem pemprosesan Kirin 960 adalah yang terbaik yang mampu ditawarkan oleh mereka, tidak jauh beza dengan Snapdragon 835 yang sememangnya popular. Honor 8 Pro specs juga menggunakan versi terkini EMUI. Berbanding dengan OnePlus 5, Honor Pro 8 specs mempunyai dua kali ganda penyimpanan dan skrin resolusi yang lebih tinggi pada harga yang lebih rendah. Prestasi kamera cukup bagus dan begitu juga pelaksanaan fungsi dual-camera. Sensor monokrom amat membantu dan kami kagum dengan tahap keperincian setiap gambar. Secara keseluruhan, kami gembira dengan gambar yang dirakam dengan Honor 8 Pro. Mungkin ianya bukan yang paling hebat di pasaran, tetapi ianya juga tidak jauh di belakang. Spesifikasi Honor 8 Pro amat lengkap dan berpotensi untuk menjadi telefon pintar yang mampu mengeggarkan pasaran nya pada tahun ini.

Klik di sini jika anda inginkan Honor Pro 8 berserta dengan HADIAH PERCUMA !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *