Gajet Retro, Sebuah Legasi dan Inovasi

Gajet Retro, Sebuah Legasi dan Inovasi

Jika anda seorang kanak-kanak di zaman 80-an dan 90-an maka anda mungkin telah melalui proses sukar untuk meyakinkan ibu bapa anda untuk membeli gajet retro awesome yang anda mahu. Kita semua suka bermain dengan gajet-gajet ini sehingga dimarahi oleh ibu bapa kita haha.

Perhatikan sekeliling anda, pasti anda akan sedar bahawa trend-trend 20-30 tahun yang lepas telah kembali membuat comeback. Filem, rancangan televisien dan yang paling ketara, fesyen semuanya telah memperbaharui trend-trend lama ini. Sebagai contoh, Filem–filem awesome seperti Transformers, Ghostbusters, Starwars dan Avengers telah di touch up dengan elemen yang baru namun tetap mengekalkan identiti nya. Tetapi, industri gadget boleh dikatakan immune terhadap trend ini. Industri gadget amatlah kompetitif, setiap brand akan terus belumba lumba untuk mencipta the next big thing, sebagaimana walkman dibuat untuk discman dan kemudianya digantikan oleh iPod.

Sedar ataupun tidak, privasi bukan lagi sesuatu yang kita miliki. Printer pun boleh digunakan untuk menjejaki kita, memang gila.

Obviously, syarikat-syarikat besar seperti Apple dan Google akan mencuba sedaya upaya untuk memberi persepsi bahawa mereka approachable atau dengan kata lainya, mesra pengguna. Mereka telahpun berjaya dengan ciptaan Siri dan Google Assistant. Di sebalik kecanggihan teknologi kini, pasti ada di antara kita yang merindukan teknologi dulu, gajet retro, simple dan mudah difahami.

SPEAKER KLASIK?

DRUM ROLL PLEASE. Memperkenalkan, Marshall Stanmore Bluetooth Speaker!, gajet retro dengan reka bentuk vintage ini amat sesuai dipadankan dengan lagu-lagu rock and roll. Anda hanya perlu plug in dan bersedia untuk dibuai kenangan indah sewaktu muda dahulu. Jangan tertipu dengan reka bentuk vintage nya, ini kerana ciri ciri Marshall Stanmore Bluetooth Speaker amatlah moden. Ia mempunyai sambungan Bluetooth yang terbaru dipadani dengan input Auxiliary untuk anda menghubungkan alat musik anda, memang syok!.

Di bahagian atas control panel, terdapat tombol berwarna emas, bingkai logam dan skrip logo ikonik. Selain itu, terdapat input RCA untuk sambungan ke DVD, TV dan gaming console. Seterusnya, Marshall Stanmore Bluetooth Speaker mempunyai dua mod standby, power saver dan mod standard bagi meminimumkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar apabila ianya tidak aktif.

Marshall Stanmore Bluetooth Speaker pasti akan menjadi gajet retro yang meletop di pasaran.

PERMAINAN VIDEO KLASIK?

Nintendo dan Sega adalah diantara jenama permainan video yang paling berpengaruh dan berjaya. Dua Otai ini berjaya menyelamatkan seluruh industri gaming selepas kejatuhanya pada awal tahun 1980-an dan koleksinya merangkumi beberapa permainan video yang teramatlah popular. Nintendo dan Sega telah menambat hati berjuta-juta gamers dan reputasi mereka masih kekal utuh sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini, percubaan Nintendo ini untuk menghidupkan semula gajet retro iaitu konsol permainan video klasiknya dengan sistem emulasi. Masih mengekalkan reka bentuk klasiknya, NES Classic Edition tidak menggunakan sebarang perkakasan asal, secara tidak langsung memberikan kelebihan besar kepada Tv moden seperti HDTV dan 4K TV. Dimainkan di dalam 1080p, grafik memang kelihatan cun,sedap mata memandang.
Sistem ini menawarkan tiga pilihan grafik untuk permainan anda: CRT, 4: 3, dan Pixel Perfect. Mod ini hampir sama dengan skala gambar asal sehingga 1080p, tetapi dalam masa yang sama
NES Classic Edition masih mengekalkan perspektif 4: 3 . CRT pula menambah garis imbasan dan kekaburan gambar, menjadikan NES Classic Edition kelihatan seperti anda sedang bermain menggunakan televisyen CRT lama.

Terdapat 30 video game yang boleh dipilih, kebanyakannya adalah klasik, satu lagi attractive feature yang pasti akan membuatkan anda ingin untuk memiliki NES Classic Edition adalah kerana ianya sebuah medium untuk mengimbau kembali kenangan lama dan pada masa yang sama dapat memperkenalkannya kepada generasi baru. Tetapi, kenapa cable controller nya begitu pendek? Potong stim betul! . Apart from that, NES Classic Edition teramat lah best dan anda haruslah memiliki gajet retro ini.

Sama seperti NES Classic Edition, gajet retro Sega Mega Drive Classic Game Console dilengkapi dengan permainan video bundle . Dalam kes ini, bilangannya permainan video nya agak banyak, iaitu 80 berbanding dengan NES Classic Edition yang menawarkan hanya 30 jenis permainan video . Sega Mega Drive Classic Game Console menawarkan permainan video legend seperti Sonic the Hedgehog 2 dan Vector Man. Tidak lupa juga ‘streets of rage’ 1,2&3, sonic & knuckles, sonic spinball, sonic hedgehog 1&2 sonic 3D blast dan lain-lain. gajet retro dengan nilai yang hebat dan memang berbaloi untuk wang anda, mungkin grafiknya bukan lah yang terbaik, tidak seperti konsol hari ini tetapi ia nya bertujuan untuk memperkenalkan semula gajet retro.

Apapun cara yang akan digunakan menginovasikan gajet retro, investor perlu melakukan pertimbangan secara menyeluruh. Jika tersilap langkah, reputasi sesebuah gajet akan tercalar dan akan mencemarkan legasinya.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan gajet retro awesome ini di Lelong.my.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *