Apa Itu Android & Apakah Fungsi Android Dalam Smartphone Anda ?

Apa Itu Android & Apakah Fungsi Android Dalam Smartphone Anda ?

Robot Hijau? Selalu sangat kita mendengar nama robot hijau ini dibibir pengguna gadget.

Kenalkah anda mengenai robot hijau atau Android ini? Mungkin ramai yang familiar dengan nama Android tapi tahukah anda apa itu android? Apa fungsi Android? Kenapa syarikat pengeluar smartphone menggunakan Android ini didalam mobile device mereka?

Apa itu Android ?

Apa itu Android ?? Android adalah satu sistem operasi yang digunakan di dalam telefon pintar masa kini dan juga digunakan didalam tablet PC. Sistem operasi ini sama fungsinya seperti IOS (Apple) , Nokia (Symbian) , Blackberry (OS).

Sistem Android ini dibangunkan oleh Google , berdasarkan Linux Kernel yang direka khas untuk peranti touchscreen seperti smartphone dan tablet PC.

Pada mulanya tujuan sistem operasi Android ini adalah untuk kamera digital, namun begitu dikenalipasti bahawa potensi bagi pemasaran kamera digital tidaklah begitu besar, lalu sistem operasi Android ini dilebarkan ke telefon bimbit pada ketika itu, seterusnya terhasillah telefon pintar atau smartphone untuk menyaingi Symbian serta Windows Mobile (iPhone Apple pada saat itu belum dikeluarkan lagi).

Meskipun para pengkaji Android tersebut merupakan pakar-pakar teknologi yang berpengalaman, namun sistem operasi Android Inc. dijalankan secara senyap-senyap dan hanya dinyatakan kepada umum bahawa para pengkaji sedang membuat penyelidikan bagi menciptakan sebuah sistem operasi yang canggih yang dapat mengangkat revolusi telefon bimbit atau dikenali sebagai smartphone.

Sejarah Android

Di dalam artikel “ Apa Itu Android ?“ juga menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Android, Android sebenarnya datang dari syarikat yang bernama Android Inc. Ditubuhkan di Palo Alto, California pada Oktober 2003 oleh Andy Rubin ( Founder Of Danger Inc ), Rich Miner ( Founder of Wildfire Communications Inc), Nick Sears ( bekas pekerja T-Mobile VP), dan Chris White.

Android adalah sistem operasi berdasarkan Linux Kernel yang pada awalnya diusahakan oleh Android Inc, dan diberi sokongan kewangan dari Google, lalu Google membeli Android pada17 Ogos 2005 sekaligus menjadikan Android sebagai anak syarikat kepada Google.

Founder Android Inc iaitu Andy Rubin, Rich Milner dan Chris White tetap bekerja di syarikat Android Inc setelah dibeli oleh Google. Android ini dirasmikan pada tahun 2007 seiring dengan objektif Open Handset Alliance syarikat perusahaan telekomunikasi yang bertujuan untuk memajukan standard telefon itu sendiri.

Pada saat Google bekerjasama dengan Android Inc, sudah mula kedengaran khabar-khabar angin pada ketika itu dimana Google akan menghasilkan telefon sendiri dan menceburi industri mobile device.

Sekitar September 2007, terdapat kajian melaporkan bahawa Google mengajukan hak cipta aplikasi telefon bimbit dan akhirnya Google memperkenalkan Nexus One, salah satu jenis telefon pintar GSM yang menggunakan Android dalam sistem operasinya.

Telefon bimbit ini dihasilkan oleh HTC Corporation dan terdapat di pasaran pada 5 Januari, 2010). Namun begitu smartphone yang pertama dikeluarkan yang menjalankan sistem operasi Android adalah HTC Dream, yang dikeluarkan pada 22 Oktober 2008, tetapi sudah pastinya netizen menyangka Samsung adalah pengeluar smartphone yang pertama.

 

Sumber gambar : Gazzette Review

Fungsi Android

Di dalam artikel “ Apa itu Android ?? “ menerangkan fungsi Android . Fungsi Android ialah sebenarnya direct manipulation, bermaksud tindakbalas antara sentuhan dan juga skrin.

Android tidak terikat kepada satu jenama smartphone sahaja tetapi terdapat beberapa jenama terkenal yang menggunakan sistem operasi Android ini antaraya Samsung, Sony, Oppo, Huawei, Xiaomi, HTC, Nexus, Motorola, dan lain-lain lagi termasuklah syarikat berpengalaman Nokia yang sudah mula memakai sistem operasi Android ini.

Android yang direka berdasarkan Linux Kernel yang akan dinaiktaraf dari masa ke semasa mengikut keperluan semasa, dengan menggunakan nama makanan ringan sebagai kod Android mereka untuk setiap edisi .

Bermula dari Android 1.5 Cupcake, Android 1.6 Donut, Android 2.0, 2.0.1, 2.1 Eclair, Android 2.2 – 2.2.3 Froyo / Frozen Yogurt, Android 2.3 – 2.3.7 Gingerbread, Android 3.0 – 3.2 Honeycomb, Android 4.0 – 4.0.4 Ice Cream, Android 4.1 – 4.3 Jelly Bean , Android 4.4 Kitkat, Android 5.0 Lollipop, Android 6.0 Mashmallow dan Android 7.0 – 7.1 Nougat.

Sehingga kini terdapat 25 peringkat API yang telah dinaiktaraf oleh Android sejak sistem operasi mereka yang pertama .Tarikan utama Android adalah percuma dan open source, ini yang membuat smartphone Android dijual lebih murah dibandingkan dengan Blackberry atau iPhone walhal Android memiliki ciri-ciri yang lebih baik dibandingkan dengan sistem operasi yang lain .

Beberapa ciri utama dari Android adalah WiFi hotspot, Multi-touch, Multitasking, GPS, accelerometers, support java serta sistem operasi Android menyokong banyak jaringan telekomunikasi dan connection seperti (GSM/EDGE, IDEN, CDMA, EV-DO, UMTS, Bluetooth, Wi-Fi, LTE & WiMAX) mengikut kemampuan kepada sesebuah smartphone itu sendiri.


Android Masa Kini

Seiring dengan perkembangan zaman, tentu kita sebagai manusia memerlukan peralatan yang canggih dan efisyen untuk keperluan seharian. Oleh kerana itu, disarankan anda menggunakan smartphone yang mempunyai sistem operasi ini. Ini kerana teknologi android sudahpun berkembang maju.

Sejak tahun 2008, Android telah bermula secara berperingkat melakukan beberapa penambahbaikan atau update dan pembaruan meningkatkan keberkesanan dalam sistem operasi ini. Diharap artikel “ Apa Itu Android ” dapat memberi anda sedikit sebanyak maklumat yang bermanfaat.

Klik sini untuk senarai Android Phone Terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *